Bahasa : English | Bahasa Malaysia
 

Biz(e)buddy™

TERMA DAN SYARAT AKSES DAN PENGGUNAAN

Terma dan syarat ini (“Perjanjian ini”) mentadbir akses (“access”) dan penggunaan anda mengenai (i) perisian biz(e)buddy™; dan (ii) khidmat dalam talian yang disediakan oleh Uptrend Network Sdn. Bhd. (No. Syarikat 587955-U).

Sila baca Perjanjian ini dengan teliti sebelum anda meneruskan urusan. Dengan mengklik ikon “SAYA SETUJU” pada akhir Perjanjian, anda mengaku dan mengesahkan yang anda telah membaca, memahami dan bersetuju tanpa syarat untuk terikat dengan seluruh terma Perjanjian.

 

BAHAGIAN A - DEFINISI DAN INTERPRETASI

1.         Definisi dan Interpretasi

1.1        Dalam Perjanjian ini, melainkan diperlukan dalam konteks yang berbeza, sebutan-sebutan berikut mempunyai maksud seperti yang diterangkan:

            “Bahan-bahan Iringan” bermaksud apa-apa dokumentasi, media iringan, bahan-bahan bercetak yang disertakan bersama Perisian, mengandungi maklumat untuk akses dan penggunaan Perisian dengan betul, yang untuk mengelakkan keraguan hendaklah disertakan bersama spesifikasi pengoperasian dan manual pengguna;

            “Syarikat” bermaksud Uptrend Network Sdn Bhd (No. Syarikat.: 587955-U), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia;

            “Komputer” bermaksud komputer buku dan perkakasan lain yang seumpamanya yang diperlukan dan/atau peralatan yang dijual kepada anda yang mana Perisian ini dan/atau Perisian lain Pihak Ketiga dipasang atau tersedia dimuatkan;

            “Maklumat Sulit” bermaksud (i) Perisian ini; (ii) Bahan-bahan Iringan; (iii) mana-mana dan semua maklumat yang disampaikan kepada anda oleh Syarikat (atau yang sebaliknya diterima oleh anda sebagai akibat daripada hubungan pihak-pihak di bawah dan menurut Perjanjian ini) dan dikenalpasti sebagai sulit (atau yang dalam keadaan biasanya adalah sulit); (iv) mana-mana dan semua maklumat yang dikenalpasti sebagai sulit (atau yang dalam keadaan biasanya adalah sulit) yang anda dapat akses dalam hubungan dengan Perkhidmatan ini; dan (v) Perjanjian ini dan hak dan kewajipan pihak-pihak di bawahnya;

            “Hak-hak Harta Intelek” adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa paten, inovasi utiliti, hak cipta, hak reka bentuk, tanda niaga, tanda perkhidmatan, pakaian dagangan, nama dagangan, nama baik, indikasi geografi, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian teknik, Maklumat Sulit, rahsia dagangan, apa-apa permohonon (sama ada belum selesai, dalam proses atau telah dikeluarkan) untuk apa-apa perkara di atas, dan apa-apa harta industri, harta intelek atau hak dilindungi yang lain yang serupa seperti di atas (sama ada telah didaftarkan, boleh didaftarkan atau tidak didaftarkan) dalam mana-mana negara dan dalam apa jua bentuk, media atau teknologi; sama ada diketahui sekarang atau dibangun kemudiannya;

            “Kata Laluan” bermaksud kod keselamatan anda untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan;

            “Perkhidmatan” bermaksud perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Syarikat melalui Laman Web yang boleh meliputi bilik sembang, papan mesej, papan buletin, ruang blog dan forum dalam talian dan perkhidmatan-perkhidmatan lain, fungsi atau kemudahan seumpamanya sebagaimana yang ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa disediakan kepada atau boleh diakses oleh peserta / pengguna melalui Laman Web;
Perisian” bermaksud perisian Biz(e)buddy™ yang telah tersedia pasang (pre-installed) atau tersedia muat (pre-loaded) ke dalam Komputer yang membolehkan anda untuk antara lain akses dan menggunakan Perkhidmatan ini;

            “Pengilang/Pemberi Lesen Pihak Ketiga” adalah seperti yang didefinisikan pada Klausa 5.1;

            “Perkhidmatan Pihak Ketiga” bermaksud apa-apa perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak ketiga bersama Perkhidmatan ini;

            “Perisian Pihak Ketiga” bermaksud perisian yang dibangunkan dan/atau dimiliki oleh pihak ketiga yang tersedia pasang atau tersedia muat ke dalam Komputer dan tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan / terma dan syarat lesen di antara anda dan pihak ketiga tersebut dan untuk mengelakkan keraguan adalah termasuk tanpa pengehadan sistem operasi yang tersedia pasang tetapi tidak termasuk Perisian;

            “Nama Pengguna” bermaksud nama pengenalan diri anda untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan;

            “Harta Intelek Pengguna” adalah seperti yang didefinisikan pada Klausa 10.3; dan

            “Laman web” bermaksud laman web Biz(e)buddy™ syarikat yang terletak pada URL www.biz(e)buddy.com atau sebarang URL kemudian yang mungkin menggantikannya.

1.2        Di dalam Perjanjian ini:

            1.2.1     sesuatu rujukan kepada sesuatu statut atau peruntukan statut akan ditafsirkan sebagai rujukan kepada statut atau peruntukan itu yang dari semasa ke semasa diubah atau dikuatkuasakan semula (sama ada sebelum atau selepas tarikh dirujuk) dan kepada apa-apa statut atau peruntukan statut yang dimansuhkan yang ia kuatkuasakan semula (sama ada dengan atau tanpa perubahan kecuali kepada setakat liabiliti mana-mana pihak di bawahnya hanyasanya dengan alasan ditambah atau disambung);

            1.2.2     melainkan diperlukan dalam konteks yang berbeza, perkataan dalam bentuk mufrad adalah juga termasuk jamak, dan begitu juga sebaliknya; perkataan yang membawa makna jantina tertentu adalah juga termasuk semua jantina; dan sesuatu rujukan kepada seseorang individu juga adalah temasuk rujukan kepada suatu badan korporat dan kepada badan individu-individu bukan korporat;

            1.2.3     sesuatu rujukan kepada Klausa adalah kepada suatu Klausa atau kepada Perjanjian ini;

            1.2.4     bahagian kepala hanyalah untuk kemudahan sahaja dan tidak memberi kesan kepada interpretasi; dan

            1.2.5     tiada peraturan pentafsiran dikenakan untuk merugikan sesuatu pihak atas sebab pihak itu bertanggungjawab menyediakan Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya.

 

BAHAGIAN B – PERISIAN

2.         Geran Lesen
2.1        Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, Syarikat bersetuju untuk membenarkan anda semasa tempoh Perjanjian ini, satu lesen tidak eksklusif, tidak boleh pindah milik dan persendirian untuk mengakses dan menggunakan Perisian pada Komputer ini.

2.2        Anda akan diberikan satu (1) salinan Bahan-bahan Iringan dan anda tidak berhak membuat sebarang salinan Bahan-bahan Iringan tersebut.

2.3        Anda mengakui dan bersetuju tiada pemindahan hak milik atau pemunyaan Perisian (termasuk Bahan-bahan Iringan) kepada anda.

3.         Pembatasan Penggunaan Perisian

3.1        Anda hanya boleh akses dan menggunakan Perisian:

            3.1.1     pada Komputer ini dan bukan pada komputer lain. Anda tidak dibenarkan untuk memindahkan Perisian daripada Komputer ini kepada komputer lain tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu dari Syarikat;

            3.1.2     selaras dengan tatacara pengoperasian biasa yang dimaklumkan kepada anda oleh Syarikat atau yang sebaliknya terkandung dalam Bahan-bahan Iringan; dan

            3.1.3     hanya berkaitan dengan dan bertujuan mengakses dan menggunakan Perkhidmatan ini dan bukan untuk apa-apa tujuan lain.

3.2        Anda bersetuju tidak akan atau membenarkan orang lain melakukan apa-apa perkara berikut:-

            3.2.1     menjual, menyewa, melesen, melesen semula atau dengan kata lain memperdagangkan Perisian atau Bahan-bahan Iringan atau mana-mana bahagian daripadanya;

            3.2.2     mendekompil, menyahhimpun, menghimpun songsang, mengkompil songsang, membina songsang atau secara langsung atau tidak langsung membolehkan atau menyebabkan orang lain untuk mendekompil, menyahhimpun, menghimpun songsang, mengkompil songsang, membina songsang seluruh atau mana-mana bahagian Perisian;

            3.2.3     menulis atau membangunkan perisian, penerapan perisian atau program-program lain  komputer yang serupa atau terbitan berdasarkan Perisian atau Bahan-bahan Iringan atau apa-apa Maklumat Sulit Syarikat atau mana-mana bahagian daripadanya;

            3.2.4     menyalin, mengubah, mengubahsuai atau manghasil semula Perisian tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Syarikat;

            3.2.5     menggabungkan Perisian dengan apa-apa perisian lain, penerapan perisian atau program komputer tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Syarikat; atau

            3.2.6     menggunakan Perisian ini dalam apa jua cara dan untuk apa jua tujuan melainkan seperti yang dengan jelas dibenarkan di bawah Perjanjian ini.

3.3        Bahan-bahan Iringan adalah tertakluk kepada sekatan yang sama atas penggunaan, penyalinan dan pengubahsuaian seperti yang dikenakan kepada Perisian di bawah Perjanjian ini dan tidak boleh anda gunakan melainkan untuk membantu dalam akses dan penggunaan biasa Perisian.

3.4        Sebagai tambahan dan tanpa prasangka kepada apa-apa hak dan remedi lain yang tersedia kepada Syarikat di bawah Perjanjian ini atau dari segi perundangan, apa-apa perlanggaran Klausa 3.2, 3.3 atau penggunaan tidak dibenarkan, pemindaan, pengubahsuaian, penghasilan semula, penerbitan, pendedahan atau pemindahan Perisian akan memberi hak kepada Syarikat apa-apa remedi saksama terhadap anda, termasuklah injuktif relif.

4.         Waranti Terhad atas Perisian dan Keluaran Baru Wajib

Waranti Terhad atas Perisian

4.1        Sepanjang tempoh Perjanjian ini, Syarikat menjamin yang Perisian ini akan berjalan pada asasnya menurut spesifikasi dalam Bahan-bahan Iringan.

4.2        Melainkan sebagaimana disediakan secara khusus dalam Perjanjian ini dan sehingga takat maksimum dibenarkan oleh undang-undang:

            4.2.1     Syarikat tidak membuat dan secara jelas menolak semua dan apa-apa waranti, representasi, jaminan, pendorong atau sokongan, sama ada tersurat atau tersirat, lisan atau bertulis, mengenai atau berkaitan dengan Perisian dan Bahan-bahan Iringan atau penggunaan, persembahan atau operasi mana-mana yang disebut di atas dan Syarikat secara khusus menafikan semua waranti tersirat mengenai kebolehdagangan dan kesesuaian untuk apa-apa tujuan berkaitan dengan Perisian atau Bahan-bahan Iringan atau penggunaan atau operasi mana-mana yang disebut di atas; dan

            4.2.2     tanpa menghadkan keumuman Klausa 4.2.1, Syarikat tidak menjamin yang fungsi-fungsi yang terkandung di dalam Perisian akan memenuhi keperluan anda atau pengggunaan, akses atau operasi Perisian tidak akan terganggu atau bebas kesilapan.

            4.3        Sekiranya Perisian tidak berprestasi seperti yang dijamin di bawah Klausa 4.1, Syarikat akan seberapa segera yang munasabah menggunakan usaha terbaiknya untuk membetulkan Perisian, atau jika pada pandangan Syarikat, pembetulan tidak mungkin dapat dilakukan, akan menggantikan Perisian tersebut secara percuma. Anda mengakui dan bersetuju Klausa 4.3 ini membentuk satu-satunya dan secara eksklusif remedi kepada perlanggaran waranti.

4.4        Walaupun telah disebut di atas, Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk membetulkan apa-apa kecacatan Perisian sekiranya kecacatan itu:

            4.4.1     tidak menyebabkan prestasi Perisian menyimpang jauh dari spesifikasi pengoperasian seperti dalam Bahan-bahan Iringan;

            4.4.2     adalah akibat pindaan, semakan, variasi, terjemahan, langganan atau pengubahsuaian kepada Perisian tidak disahkan Syarikat;

            4.4.3     adalah akibat penggunaan Perisian dengan gabungan komputer, peralatan, program perisian atau perkhidmatan tidak disahkan Syarikat;

            4.4.4     adalah akibat penggunaan program komputer tidak dilesenkan oleh Syarikat kepada anda;

            4.4.5     adalah akibat apa-apa kerosakan Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga;

            4.4.6     adalah akibat penggunaan secara salah atau penggunaan dalam persekitaran operasi selain daripada yang disyorkan Syarikat atau selain daripada yang menurut arahan Syarikat atau Bahan-bahan Iringan; dan

            4.4.7     adalah akibat atau berkaitan dengan kegagalan pihak anda untuk memenuhi kewajipan atau mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Perjanjian ini.

4.5        Sekiranya anda memohon, Syarikat boleh atas pilihannya sendiri (tetapi tidak semestinya) untuk membaiki atau membetulkan kecacatan yang dirujuk pada Klausa 4.4 tertakluk kepada pembayaran yuran/caj tambahan anda kepada Syarikat.

Keluaran Baru Wajib

4.6        Syarikat boleh menggantikan atau mengemaskinikan Perisian dengan suatu program komputer yang menyediakan fungsi yang sama atau lebih baik daripada Perisian ini kepada anda tanpa apa-apa bayaran tambahan pada bila-bila masa Syarikat rasakan sesuai. Cara penggantian atau pengemaskinian akan ditentukan oleh Syarikat atas budi bicaranya sendiri dan anda hendaklah bekerjasama dengan Syarikat dan mematuhi semua arahan Syarikat mengenai perkara ini.

4.7        Apabila penggantian atau pengemaskinian tersebut dibuat:

            4.7.1     Perjanjian ini akan terus diguna pakai dalam semua hal berkaitan program komputer yang sudah diganti atau dikemaskini itu dan program komputer itu akan dianggap Perisian untuk maksud Perjanjian ini; dan

            4.7.2     pada pilihan Syarikat, Syarikat berhak untuk mengeluarkan semula perisian atau anda memulangkan semula Perisian asal kepada Syarikat atau dengan kata lain berurusan mengenainya menurut arahan Syarikat.

4.8        Tiada apa-apa perkara di sini akan mewajibkan Syarikat untuk menyediakan pengemaskinian, peningkatan atau keluaran baru kepada anda.

5.         Komputer dan Perisian Pihak Ketiga

5.1        Anda mengaku dan bersetuju bahawa Komputer dan Perisian Pihak Ketiga adalah dikeluarkan, dibangunkan dan/atau dilesenkan oleh pihak ketiga (“Pengeluar/Pemberi Lesen Pihak Ketiga”) dan tertakluk kepada waranti atau jaminan standard yang diberikan oleh Pengeluar/Pemberi Lesen Pihak Ketiga tersebut (sekiranya ada).

5.2        Walaupun terdapat sesuatu yang bertentangan dan sehingga takat maksimum dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat tidak membuat dan dengan jelas mengecualikan semua dan mana-mana waranti, pernyataan, jaminan, pendorong atau sokongan, sama ada secara jelas atau tersirat, lisan atau bertulis, dari apa-apa jenis berkenaan atau berkaitan dengan Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga atau penggunaan, prestasi atau operasinya, termasuk tanpa pengehadan, semua waranti tersirat mengenai kebolehdagangan, bukan-perlanggaran dan kesesuaian untuk tujuan tertentu berkaitan dengan Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga atau kegunaan atau operasinya.

5.3        Walaupun terdapat sesuatu yang bertentangan dan sehingga takat maksimum dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat dalam apa-apa keadaan tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mana-mana kos, perbelanjaan, kerugian dan/atau kerosakan dalam apa jua bentuk (termasuk tanpa pengehadan, kehilangan keuntungan, pendapatan atau nama baik, kehilangan perniagaan, kerugian, kemusnahan atau pencemaran data atau komunikasi, kerugian jangkaan hasil atau kerugian penjimatan atau ekonomi, atau ganti rugi khas, langsung, sampingan, tidak langsung, teladan, punitif atau kerosakan sebagai akibatnya) atas apa jua sebab sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau di bawah mana-mana teori liabiliti, yang mungkin dialami atau ditanggung atau yang mungkin terbit secara langsung atau tidak langsung daripada Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga atau penggunaan atau operasinya.

5.4        Anda hendaklah pada setiap masa mematuhi terma dan syarat yang mentadbir akses dan/atau penggunaan Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga. Anda mengaku dan bersetuju bahawa apa-apa aduan atau tuntutan untuk kecacatan, pepijat, kekurangan, masalah, pincang tugas dan/atau kesilapan dalam apa jua bentuk dalam kaitan dengan Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga tersebut hendaklah dibawa terus kepada dan terhadap Pengeluar/Pemberi Lesen Pihak Ketiga yang berkenaan.

5.5        Anda bersetuju untuk menyelesaikan mana-mana prosiding, tuntutan atau pertikaian yang terbit daripada Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga secara langsung dengan Pengeluar/Pemberi Lesen Pihak Ketiga dan bukan melalui Syarikat dan anda seterusnya berjanji tidak akan melibatkan Syarikat dalam mana-mana prosiding, tuntutan atau pertikaian dengan Pengeluar/Pemberi Lesen Pihak Ketiga tersebut. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa pertikaian yang terbit antara anda dan Pengeluar/Pemberi Lesen Pihak Ketiga sama ada berkaitan dengan Komputer dan/atau Perisian Pihak Ketiga atau sebaliknya.

 

BAHAGIAN C - PERKHIDMATAN

6.         Akses dan Penggunaan Perkhidmatan

6.1        Syarikat akan menggunakan usaha terbaiknya untuk menyediakan Perkhidmatan kepada anda tertakluk kepada (i) pendaftaran anda dengan Syarikat menurut prosedur permohonan dan pendaftaran yang disediakan di Laman Web; (ii) pematuhan anda kepada terma dan syarat di bawah Perjanjian dan Laman Web ini; dan (iii) pembayaran yuran dan/atau caj langganan / perkhidmatan yang berkenaan di mana berkaitan.

6.2        Anda dengan ini menjamin bahawa:-

            6.2.1     profil dan maklumat anda adalah benar, tepat, terkini dan lengkap dalam semua hal, termasuk tanpa pengehadan, nama penuh dan butiran perhubungan.

            6.2.2     anda akan memaklumkan kepada Syarikat serta-merta mengenai apa-apa perubahan kepada profil dan maklumat yang dirujuk dalam Klausa 6.2.1. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kegagalan melaksanakan di bawah Perjanjian ini yang mana kegagalan itu dapat dianggap berpunca daripada perlanggaran Klausa 6.2.1 di atas atau dengan kata lain kegagalan anda memaklumkan Syarikat mengenai apa-apa perubahan kepada profil dan/atau maklumat anda; dan

            6.2.3     anda tidak harus menyamar sebagai orang atau entiti lain atau menggunakan nama palsu yang tidak dibenarkan untuk digunakan.

6.3        Syarikat mempunyai hak pada bila-bila masa (sama ada dengan atau tanpa notis) untuk meminda, menambah, menamat, menggantung, menarik atau menyemak semula mana-mana atau semua Perkhidmatan; dan aksesan dan penggunaan berterusan Perkhidmatan ini akan membawa maksud penerimaan anda kepada pindaan, tambahan atau semakan Perkhidmatan ini.

6.4        Sebahagian atau semua Perkhidmatan berkemungkinan tidak dapat disediakan pada masa-masa tertentu disebabkan penyelenggaraan dan/atau pincang tugas dan/atau atas sebab-sebab di luar kawalan Syarikat. Meskipun tiada apa-apa perkara berlaku, Syarikat tidak dapat memberi jaminan Perkhidmatan akan dapat disediakan sepanjang masa.

6.5        Perkhidmatan Pihak Ketiga boleh disediakan kepada anda dari semasa ke semasa tertakluk kepada (i) pematuhan anda kepada terma dan syarat yang mentadbir aksesan  dan/atau penggunaan Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut; dan (ii) pembayaran yuran dan/atau caj langganan / perkhidmatan yang berkenaan di mana berkaitan. Anda mengakui dan bersetuju yang Perkhidmatan Pihak Ketiga adalah disediakan oleh pihak ketiga dan oleh yang demikian, peruntukan-peruntukan Klausa 5 akan menggunakan mutatis mutandis untuk Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut.

7.         Proses Log Masuk

7.1        Untuk akses dan menggunakan Perkhidmatan ini, anda dikehendaki memasukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan semasa proses log masuk menurut penggesa, arahan dan prosedur yang berkenaan.

7.2        Anda hendaklah memaklumkan serta-merta kepada Syarikat tentang penggunaan secara tidak sah Nama Pengguna dan/atau Kata Laluan anda, atau apa-apa pelanggaran ciri-ciri keselamatan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua aktiviti yang berlaku berkaitan dengan Nama Pengguna dan/atau Kata Laluan anda.

7.3        Anda hendaklah mematuhi mana-mana dan semua garis panduan, perintah dan/atau arahan keselamatan yang dikeluarkan Syarikat dari semasa ke semasa berkaitan dengan aksesan dan/atau penggunaan Perkhidmatan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang ditentukan di bawah:-

            7.3.1     anda hendaklah merahsiakan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda setiap masa;

            7.3.2     Nama Pengguna dan Kata Laluan anda tidak boleh dipindah milik;

            7.3.3     Nama Pengguna dan/atau Kata Laluan anda mestilah ditukar sekiranya terdapat apa-apa tanda bahawa keselamatan akses telah terjejas (sebagai contoh Kata Laluan telah diketahui oleh seseorang tanpa kebenaran) dan anda mestilah memaklumkan serta-merta kepada Syarikat tentang terjejasnya keselamatan akses tersebut;

            7.3.4     gabungan yang lemah untuk Kata Laluan tidak harus digunakan. Antara contoh gabungan lemah termasuklah nama pengguna, atau apa-apa perkataan yang terdapat di dalam kamus;

            7.3.5     anda hendaklah memastikan bahawa anda tidak meninggalkan Komputer tanpa jagaan semasa dalam talian dengan Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini dan selanjutnya anda mestilah log keluar dari Komputer selepas selesai akses dan penggunaan Perkhidmatan ini; dan

            7.3.6     anda bertanggungjawab sendiri atas langkah-langkah keselamatan dan antivirus Komputer Peribadi anda untuk mencegah akses tanpa kebenaran kepada maklumat, arahan, transaksi dan akaun anda melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini.

7.4        Anda mengaku dan bersetuju bahawa penggunaan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda adalah pengenalan yang memadai tentang diri anda. Dengan ini anda membenarkan Syarikat untuk bertindak atas arahan yang anda berikan melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini dan menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang disebut di atas, tanpa perlu mendapatkan pengesahan bertulis atau sebagainya daripada anda walaupun arahan tersebut sebenarnya bukan diberikan atau dibenarkan oleh anda. Semua arahan tersebut adalah terikat kepada anda sebaik sahaja dihantar kepada Syarikat tanpa mengambil kira sama ada arahan-arahan itu dikeluarkan oleh anda atau oleh orang lain, sama ada dibenarkan atau tidak. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas mana-mana kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh anda akibat daripada apa-apa penyalahgunaan akaun anda dan/atau arahan tanpa kebenaran akibat penggunaan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda dan apa-apa maklumat keselamatan lain yang diperlukan oleh Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini.

8.         Sekatan Penggunaan Perkhidmatan

8.1        Mana-mana dan seluruh bahan, kandungan dan maklumat (termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan teks, video dan/atau audio) yang anda serahkan atau pos atas, kepada atau melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini mestilah berkaitan dengan Jualan berbilang tingkat atau Syarikat atau perniagaannya atau topik-topik lain atau perkara yang dipersetujui secara bertulis oleh Syarikat atas budi bicaranya secara tunggal dan mutlak.

8.2        Dalam akses dan/atau penggunaan Perkhidmatan dan/atau Laman Web ini, anda bersetuju sebagaimana berikut:-

            8.2.1     anda tidak sepatutnya mengubahsuai, menyalin, menerbit semula, menghasil semula, menyebar, menyiar, mengguna atau dengan kata lain berurusan dengan Perkhidmatan ini tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Syarikat atau melainkan yang mana dengan jelas dibenarkan di bawah Perjanjian ini;

            8.2.2     anda tidak sepatutnya menggunakan Perkhidmatan ini dengan apa jua cara yang boleh merosakkan, menghilangkan keupayaan, mencemar atau melemahkan Perkhidmatan ini atau perkakasan dan sistem perisian, protokol keselamatan, rangkaian penyedia maklumat/perkhidmatan atau operasi lain;

            8.2.3     anda seharusnya menggunakan Perkhidmatan dalam cara yang tidak melanggar hak-hak, atau menyekat atau menghalang penggunaan dan keseronokan Perkhidmatan ini oleh ahli/pengguna/peserta yang lain;

            8.2.4     anda seharusnya berbudi bahasa kepada orang yang dengannya anda mungkin berinteraksi dan kepada sesiapa yang menjadi subjek tulisan anda;

            8.2.5     anda tidak sepatutnya menggunakan Perkhidmatan dan/atau Laman Web ini untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti haram atau menyalahi undang-undang, apa-apa kesalahan sivil atau salah laku atau aktiviti lain yang boleh menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada Syarikat dan/atau orang lain;

            8.2.6     sumbangan anda melalui Perkhidmatan ini mestilah bersopan, menarik dan berkaitan;

            8.2.7     anda mestilah menghormati privasi dan pandangan ahli/pengguna/peserta lain;

            8.2.8     anda tidak sepatutnya mengepos, mengirim atau menghantar apa-apa bahan, kandungan atau maklumat tidak dibenarkan atas, kepada atau melalui Perkhidmatan dan/atau Laman Web ini termasuk tanpa sekatan, bahan, kandungan atau maklumat yang:-

                        (i)         menyalahi undang-undang, kesat, lucah, mengandungi fitnah, melanggar privasi, makian, tidak tepat, memperdaya, pernyataan fitnah, memudaratkan, palsu, melampau, menjelikkan, memperkecilkan orang lain, cabul, berunsur pornografi, berorientasikan seks atau dalam erti kata lain sangat tidak menyenangkan;

                        (ii)         mungkin mencerobohi atau melanggar mana-mana Hak Harta Intelek Syarikat atau mana-mana pihak ketiga;

                        (iii)        mungkin menyalahi mana-mana undang-undang, peraturan, notis, arahan, kod atau standard yang berkaitan;

                        (iv)        mengandungi unsur-unsur atau penyataan politik, umpatan, ketaksuban, perkauman, kebencian atau serangan etnik;

                        (v)         terdiri daripada “e-mel sampah”, “spam”, “surat berantai” atau apa-apa bentuk bahan tidak dibenarkan yang lain; atau

                        (vi)        mengandungi virus perisian atau mana-mana fail atau program yang boleh mengganggu, melumpuh, merosak atau melemahkan Perkhidmatan, Laman Web atau perkakasan dan sistem perisian, protokol keselamatan, jaringan penyedia maklumat/perkhidmatan atau operasi lain;

            8.2.9     anda tidak sepatutnya mengganggu Perkhidmatan ini dengan membanjirinya dengan bahan, kandungan dan maklumat yang sama atau serupa;

            8.2.10   anda tidak sepatutnya menggunakan Perkhidmatan ini untuk apa-apa maksud menyalahi undang-undang;

            8.2.11   anda tidak sepatutnya menyamar sebagai orang lain;

            8.2.12   anda tidak sepatutnya membenarkan orang lain untuk menggunakan pengenalan diri anda untuk menghantar atau melihat komen;

            8.2.13   anda tidak sepatutnya menyalin, memuat turun, memapar, mengepos, menghantar, mengguna atau manghasil semula keseluruhan atau sebahagian kandungan, maklumat atau bahan daripada Perkhidmatan ini, termasuklah kandungan, bahan, maklumat yang diserah atau dihantar oleh ahli/pengguna/peserta lain dalam apa-apa bentuk atau dalam apa jua cara untuk apa-apa tujuan; dan

            8.2.14   melainkan dibenarkan dengan nyata di bawah Perjanjian ini atau oleh Syarikat secara bertulis, anda tidak seharusnya mengiklankan laman web/perkhidmatan/produk pihak ketiga atau dengan kata lain menggunakan Perkhidmatan ini untuk tujuan komersil dalam apa jua bentuk. Sekiranya Syarikat membenarkan anda untuk mengiklan laman web / perkhidmatan/produk pihak ketiga, Syarikat mempunyai hak untuk mengenakan yuran untuk itu.

8.3        Syarikat mempunyai hak untuk (tetapi tidak semestinya) mengalih, mengedit atau menghapus apa-apa bahan, kandungan dan/atau maklumat yang diposkan atau dikirim oleh anda atau orang lain atas, kepada atau melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini atas budi bicaranya, pada bila-bila masa tanpa notis dan tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau sesiapa sahaja tentang pengalihan, pengeditan atau penghapusan tersebut.

9.         Waranti Terhad atas Perkhidmatan

9.1        Perkhidmatan ini disediakan kepada anda atas dasar “seadanya” dan “sedapatnya” sahaja. Melainkan sebagaimana disediakan secara khusus dalam Perjanjian ini dan sehingga takat maksimum dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat tidak membuat dan secara jelas mengecualikan semua dan apa-apa waranti, pernyataan, jaminan, pendorong atau sokongan, sama ada secara nyata atau tersirat, lisan atau bertulis, termasuk tanpa pengehadan kebolehdagangan dan kesesuaian untuk sesuatu maksud, ketepatan, kualiti, kepersisan, tanpa-perlanggaran, kegunaan, akses, keselamatan, operasi, ketersediaan, penerusan atau ketiadaan gangguan, kecukupan, ketepatan masa dan/atau kesempurnaan mengenai atau berkaitan dengan Perkhidmatan ini dan/atau mana-mana perkhidmatan lain, maklumat, spesifikasi, gambaran, bahan atau sumber yang terkandung dalam Laman Web atau tersedia untuk anda di bawah atau menurut Perkhidmatan ini; atau prestasi, penggunaan dan operasi mana-mana yang di atas.

9.2        Walaupun terdapat sesuatu yang bertentangan, Syarikat tidak mewakili, mewajar, menjamin atau menyokong apa-apa bahan, kandungan, maklumat dan/atau pandangan yang dikirim atau dihantar oleh mana-mana ahli/pengguna/peserta atas, kepada atau melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini (termasuk tanpa pengehadan, kebolehpercayaan, ketepatan atau kebenarannya). APA-APA PERGANTUNGAN KEPADA BAHAN, KANDUNGAN, MAKLUMAT DAN/ATAU PANDANGAN YANG DIHANTAR ATAS, KEPADA, ATAU MELALUI LAMAN WEB DAN/ATAU PERKHIDMATAN INI ADALAH SELURUHNYA RISIKO ANDA SENDIRI.

 

BAHAGIAN D – TERMA DAN SYARAT AM

10.        Hak Harta Intelek

10.1      Anda mengaku dan bersetuju bahawa mana-mana dan semua Hak Harta Intelek yang wujud dalam dan kepada:-

            10.1.1   Perisian dan Bahan-bahan Iringan;

            10.1.2   Perkhidmatan dan Laman Web ini (termasuk tanpa pengehadan semua kandungan, produk dan nama syarikat, logo, imej, teks, bahan, spesifikasi, gambaran, maklumat dan sumber yang terkandung di dalamnya), melainkan mana-mana Harta Intelek Pengguna;

            10.1.3   apa-apa tanda dagangan dan tanda perkhidmatan (sama ada berdaftar, belum berdaftar atau menunggu pendaftaran) yang digunakan dalam hubungan dengan Perisian, Bahan-bahan Iringan, Perkhidmatan dan Laman Web ini;

            10.1.4   semua bahan dan dokumentasi lain yang disediakan kepada anda di bawah Perjanjian ini atau yang anda mempunyai akses kepadanya melalui hubungannya dengan Perjanjian ini;

Adalah dilesenkan kepada dan/atau dimiliki oleh Syarikat (atau wakilnya).

10.2      Melainkan untuk lesen kepada akses dan penggunaan Perisian ini dan juga hak kepada akses dan penggunaan Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini, tiada sesuatu di dalam Perjanjian ini akan dianggap membenarkan anda atau mana-mana orang lain apa-apa hak dan/atau lesen untuk menggunakan hak proprietari di atas yang dirujuk dalam Klausa 10.1 dan penggunaan sebegitu adalah sama sekali dilarang.

10.3      Anda bersetuju untuk memberi Syarikat hak dan lesen seluruh dunia, bebas royalti, selama-lamanya, bukan-eksklusif dan tidak boleh dibatal untuk mengguna, menyalin, mengubahsuai, mengadaptasi, menerbit, menterjemah, mencipta hasil derivatif daripadanya, mengedar, mempersembah dan memapar apa-apa bahan, kandungan dan maklumat (seluruhnya atau sebahagian) yang dikirim atau dihantar oleh anda atas, kepada atau melalui Laman Web dan/atau Perkhidmatan ini (“Harta Intelek Pengguna”) dan/atau untuk menggabungkan Harta Intelek Pengguna dalam hasil kerja yang lain dalam apa jua bentuk, media atau teknologi yang diketahui atau dibangunkan kemudiannya.

10.4      Walaupun terdapat sesuatu yang bertentangan, sekiranya anda diambil dan/atau dipilih oleh Syarikat sebagai penceramah untuk menyampaikan ucapan, persembahan dan/atau ceramah untuk projek biz(e)buddy™ atau dengan kata lain untuk menyediakan atau memberi apa-apa perakuan, ucapan, persembahan dan ceramah yang akan dipaparkan dalam apa juga bentuk atau format dalam Laman Web atau sebahagian daripada Perkhidmatan ini, maka mana-mana dan semua Hak Harta Intelek yang wujud dalam dan kepada perakuan, ucapan, persembahan dan ceramah tersebut (termasuk mana-mana dan semua Rakaman daripadanya) adalah kepunyaan Syarikat (atau wakilnya). Untuk mengelakkan kekeliruan, istilah “Harta Intelek Pengguna” (sebagaimana ditafsirkan dalam Klausa 10.3) akan mengecualikan semua dan mana-mana harta intelek atau hak proprietari lain yang dirujuk kepada Klausa 10.4. Untuk mengelakkan kekeliruan, istilah “Rakaman” bermaksud memfilem, menangkap, memasang, merekod kepada video, menyiar dan/atau merekod suara perakuan, ucapan, persembahan dan/atau ceramah sama ada sepenuhnya atau sebahagian (termasuklah lebihan atau bahan yang ditolak atau yang dipanggil ‘out-takes’ dan apa-apa yang dipanggil aktiviti ‘sebalik tabir’, atau untuk tujuan publisiti dan promosi) dan akan juga termasuk kerja-kerja dan/atau penghasilan Rakaman tersebut.

11.        Kerahsiaan

11.1      Melainkan secara jelas diperuntukkan dalam Perjanjian ini, anda bersetuju bahawa mana-mana dan semua Maklumat Sulit akan diterima dan dianggap diterima secara rahsia dan akan hanya digunakan untuk tujuan Perjanjian ini. Tiada suatu pun daripada Maklumat Sulit tersebut akan didedahkan oleh anda tanpa kebenaran bertulis Syarikat.

11.2      Klausa 11.1 di atas tidak digunapakai kepada maklumat yang (i) sudah diketahui oleh anda tanpa kewajipan kerahsiaan selain daripada di bawah Perjanjian ini; (ii) diketahui umum atau menjadi pengetahuan umum bukannya melalui tindakan yang tidak dibenarkan (iii) dibangunkan berasingan tanpa menggunakan Maklumat Sulit. Sekiranya Maklumat Sulit diperlukan untuk didedahkan menurut keperluan pihak berkuasa kerajaan, Maklumat Sulit tersebut bolehlah didedahkan menurut keperluan tersebut asalkan anda memberi Syarikat notis awal secukupnya untuk keperluan tersebut dan bekerjasama sepenuhnya dengan Syarikat dalam usaha mengehadkan sifat dan skop pendedahan yang diperlukan tersebut.

11.3      Apabila berlaku tamat tempoh dan penamatan Perjanjian ini atas apa-apa sebab, semua dokumen Maklumat Sulit termasuk mana-mana bahagian daripadanya (dan semua salinan) dalam apa jua media (termasuk tanpa pengehadan, cakera komputer, CD-ROM, dokumentasi atau borang elektronik) pada pilihan Syarikat hendaklah, dipulangkan kepada Syarikat atau dimusnahkan, dengan perakuan bertulis diberi oleh anda kepada Syarikat.

 

12.        Liabiliti

12.1      Walaupun terdapat sesuatu yang bertentangan dan sehingga takat maksimum dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekalipun kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mana-mana (i) kehilangan keuntungan, pendapatan atau nama baik, kehilangan perniagaan, kerugian, kemusnahan atau pencemaran data atau komunikasi, kerugian hasil dijangka atau kerugian penjimatan atau ekonomi, atau (ii) kerugian khas, sampingan, tidak langsung, teladan, punitif atau kerosakan akibatnya; walau apa juga sebabnya sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau di bawah mana-mana teori liabiliti, yang mungkin dialami atau ditanggung atau yang mungkin terbit secara langsung atau tidak langsung daripada Perisian, Bahan-bahan Iringan, Perkhidmatan dan/atau apa-apa perkhidmatan lain, maklumat, spesifikasi, gambaran, bahan atau sumber yang terkandung di dalam Laman Web ini atau disediakan untuk anda di bawah atau menurut Perkhidmatan dan/atau apa-apa tindakan, peninggalan, keingkaran atau perlanggaran atau kegagalan pada pihak Syarikat untuk mematuhi kewajipannya di bawah Perjanjian ini; walaupun sekiranya Syarikat telah dinasihatkan tentang kemungkinan terjadinya kerosakan atau kerugian itu lebih awal, dan semua kerosakan dan kerugian tersebut dinafikan secara jelas.

12.2      Sekiranya Syarikat didapati bertanggungjawab oleh mahkamah dengan bidang kuasa yang kompeten atau oleh tribunal di bawah atau menurut Perjanjian ini atau walau bagaimanapun jua terbit dalam hubungannya dengan atau menurut Perisian, Bahan-bahan Iringan, Perkhidmatan dan/atau mana-mana perkhidmatan lain, maklumat, spesifikasi, gambaran, bahan atau sumber yang di dapati di Laman Web atau disediakan untuk anda di bawah atau menurut Perkhidmatan, tanggungan Syarikat kepada anda untuk apa-apa kerugian dan kerosakan yang dianggap berpunca daripada kesilapan Syarikat dan/atau akibat kegagalan untuk melaksanakan atau perlanggaran oleh Syarikat mengenai mana-mana peruntukan daripada Perjanjian ini dan/atau apa-apa tindakan atau peninggalan oleh Syarikat (sama ada cuai atau sebaliknya), tidak akan melebihi, untuk semua tuntutan, tindakan dan sebab-sebab tindakan dari apa jua jenis dan sifat (termasuk tanpa pengehadan, perlanggaran kontrak, tort atau kecuaian), suatu jumlah bersamaan dengan Dua Ribu (RM2,000.00) Ringgit Malaysia sahaja.

12.3      Anda bersetuju untuk melindungi, mempertahankan dan tidak memudaratkan Syarikat kepada mana-mana dan semua tuntutan, desakan, saman, tindakan, penghakiman, kerosakan, kos, kerugian, perbelanjaan (termasuk yuran perundangan dan perbelanjaan atas asas peguam dan pelanggan) dan tanggungan lain daripada apa jua dan bagaimana jua pun sebab yang boleh dikenakan atau ditanggung oleh Syarikat terbit daripada atau dalam hubungannya dengan (i) akses dan penggunaan Perisian, Bahan-bahan Iringan, Perkhidmatan dan/atau apa-apa  perkhidmatan lain, maklumat, spesifikasi, gambaran, bahan atau sumber yang terdapat di Laman Web atau disediakan untuk anda di bawah atau menurut Perkhidmatan Ini; atau (ii) apa-apa bahan, kandungan dan/atau maklumat diserah, dihantar, dikirim atau dipos oleh anda atas, kepada atau melalui Perkhidmatan dan/atau Laman Web ini; atau (iii) kegagalan anda untuk melaksanakan atau perlanggaran mana-mana peruntukan Perjanjian ini (termasuk tanpa pengehadan, perlanggaran Klausa 3 atau 8 daripadanya); atau (iv) akses dan/atau penggunaan anda Komputer, Perisian Pihak Ketiga dan/atau Perkhidmatan Pihak Ketiga atau perlanggaran atau ketidaklaksanaan mana-mana terma dan syarat yang dikenakan berkaitan Komputer, Perisian Pihak Ketiga dan/atau Perkhidmatan Pihak Ketiga dan/atau (v) kesilapan, tindakan atau peninggalan anda (sama ada disebabkan kecuaian atau sebaliknya).

12.4      Sekiranya mana-mana peruntukan daripada Perjanjian ini didapati tidak sah oleh mana-mana undang-undang, peraturan, aturan atau pengawalaturan Kerajaan atau oleh penentuan terakhir Mahkamah, ketidaksahan tersebut tidak akan menjejaskan penguatkuasaan mana-mana peruntukan lain dalam Perjanjian ini. Apabila mana-mana Akta Parlimen atau peraturan menandakan bahawa dalam Perjanjian ini mana-mana terma, syarat atau waranti, dan Akta atau peraturan itu menghindari atau mencegah peruntukan dalam sesuatu kontrak mengecuali atau mengubahsuai penggunaan atau perlaksanaan, atau tanggungan di bawah terma, syarat atau waranti tersebut, maka terma, syarat atau waranti tersebut akan dianggap termasuk dalam Perjanjian ini. Walau bagaimanapun tanggungan keseluruhan Syarikat dan remedi eksklusif anda untuk mana-mana perlanggaran terma, syarat atau waranti tersebut adalah terhad, pada pilihan Syarikat, salah satu atau lebih daripada berikut:

            12.4.1   sekiranya perlanggaran berkaitan dengan barangan:

                        (i)         penggantian barangan tersebut, bahagian-bahagiannya atau pembekalan barangan serupa;

                        (ii)         menggunakan usaha yang munasabah untuk membaiki barangan tersebut;

                        (iii)        pembayaran kos menggantikan barangan atau mendapatkan barangan serupa; atau

                        (iv)        pembayaran kos membolehkan barangan diperbaiki; dan

            12.4.2   sekiranya perlanggaran berkaitan dengan perkhidmatan:

                        (i)         menggunakan usaha yang munasabah untuk membekalkan perkhidmatan itu semula; atau

                        (ii)         pembayaran kos untuk membolehkan perkhidmatan dibekalkan semula.

13.        Penamatan

13.1      Tanpa mengehadkan keumuman mana-mana Klausa lain dalam Perjanjian ini, Syarikat boleh menamatkan Perjanjian ini serta-merta melalui notis bertulis sekiranya:

13.1.1   anda melanggar atau gagal untuk mematuhi atau melaksanakan mana-mana peruntukan dari Perjanjian ini atau mana-mana kewajipan, waranti, pernyataan dan/atau janji anda di bawah Perjanjian ini dan perlanggaran atau kegagalan tersebut, sekiranya boleh diremedi, tidak diremedi, atau, sekiranya tidak boleh diremedi, tidak pula diketepikan, dalam kedua-dua hal tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari selepas notis bertulis oleh Syarikat.

            13.1.2   anda menghapuskan Komputer dan/atau Perisian;

            13.1.3   meskipun terdapat Klausa 13.1.1 di atas, anda melanggar Klausa 3 atau 8 dari Perjanjian ini;

            13.1.4   anda, sebagai orang sebenar, meninggal dunia atau Syarikat beranggapan bahawa fikiran anda mula atau telah menjadi tidak waras dan/atau kebolehan anda untuk mematuhi Perjanjian ini mula atau telah menjadi lemah;

            13.1.5   suatu petisyen telah dibuat terhadap anda untuk kebankrapan atau anda telah diisytiharkan bankrap;

            13.1.6   anda terlibat dalam sebarang kelakuan yang dianggap oleh Syarikat boleh memudaratkan hak, perniagaan atau kepentingan Syarikat;

            13.1.7   anda melakukan suatu tindakan tetidakjujuran atau telah dituduh atau didapati bersalah melakukan suatu kesalahan atau menjadi subjek siasatan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan; dan/atau

            13.1.8   anda berhenti menjadi ahli Syarikat (sama ada sebagai Rakan Perniagaan Internet, Usahawan Perniagaan Global (atau ‘Global Business Entrepreneur’, GBE) atau jenis/kategori keahlian lain bersama Syarikat) atau keahlian anda bersama Syarikat luput atau ditamatkan atas apa-apa sebab.

13.2      Perjanjian ini tidak boleh ditamatkan oleh kedua-dua pihak melainkan dengan cara yang diperuntukkan dengan jelas dalam Perjanjian ini.

13.3      Selain daripada akibat-akibat lain penamatan di bawah Perjanjian ini, apabila berlaku penamatan Perjanjian atas apa-apa sebab, peruntukan berikut adalah digunapakai:

            13.3.1   Walaupun terdapat sesuatu yang bertentangan, anda hendaklah serta-merta berhenti daripada memiliki lesen atau hak kepada akses dan penggunaan Perisian, Bahan-bahan Iringan, Perkhidmatan dan/atau apa-apa perkhidmatan lain, maklumat, spesifikasi, gambaran, bahan atau sumber yang terdapat di Laman Web atau yang disediakan untuk anda di bawah atau menurut Perkhidmatan ini;

            13.3.2   anda hendaklah dengan serta-merta pada pilihan Syarikat sama ada:

                        (i)         memulangkan kepada Syarikat dan/atau memusnahkan (dengan perakuan bertulis diberikan kepada Syarikat) Perisian dan Bahan-bahan Iringan (dan semua salinan, sekiranya ada) dan menghapuskannya daripada Komputer, mana-mana komputer, pemproses perkataan atau peranti lain; atau

                        (ii)         dengan cara lain melakukan kepada Perisian dan Bahan-bahan Iringan itu (atau bahagian daripadanya) menurut arahan Syarikat.

            13.3.3   meskipun terdapat Klausa 13.3.2, Syarikat berhak untuk memasuki mana-mana premis di mana Komputer dan/atau Perisian ini disimpan, untuk mengeluarkan Perisian daripada Komputer (dan mana-mana salinannya) dan memiliki semula salinan/salinan-salinan Bahan-bahan iringan;

            13.3.4   Syarikat berhak untuk mengenakan bayaran yang munasabah untuk kerja-kerja yang dijalankan yang sebelumnya tidak dikenakan;

            13.3.5   Syarikat akan dianggap dilepaskan daripada apa-apa kewajipan lanjutan di bawah Perjanjian ini; dan

            13.3.6   Syarikat berhak untuk meneruskan usaha mendapatkan apa-apa remedi tambahan atau alternatif dibenarkan oleh undang-undang atau keadilan.

14.        Force Majeure

14.1      Syarikat tidak boleh melanggar kewajipannya di bawah Perjanjian ini sekiranya ia tidak mampu melaksanakan atau memenuhi apa-apa kewajipannya hasil dari berlakunya Force Majeure.

14.2      “Force Majeure” bermaksud keadaan bukan dalam kawalan munasabah Syarikat, yang Syarikat tidak berdaya halang, elak atau alih dan adalah termasuk (i) peperangan, keganasan (sama ada perang diisytiharkan atau pun tidak), serangan, tindakan musuh luar, penentangan, revolusi, pemberontakan, kuasa tentera atau kuasa rampasan, perang saudara, keganasan; (ii) bencana semula jadi termasuk tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir, tanah turun, kilat, kebakaran dan cuaca buruk luarbiasa; (iii) rompakan, kecurian, rusuhan dan kekacauan, kerosakan jenayah, sabotaj, mogok, sekatan masuk, pembatalan permit kerja, kelewatan penghantaran, pergolakan buruh atau gangguan-gangguan lain industri, dan/atau (iv) sebarang Trojan horses, cecacing, virus atau program-program lain atau peranti pelumpuhan atau gangguan.

14.3      Syarikat akan memaklumkan anda secara bertulis mengenai apa-apa kejadian Force Majeure yang berkaitan dengan kewajipannya di bawah Perjanjian ini dan akibat-akibatnya. Sekiranya Syarikat menganggap peristiwa Force Majeure itu sangat membimbangkan atau berterusan untuk tempoh agregat tiga (3) bulan sehingga Syarikat tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipannya di bawah Perjanjian, Perjanjian ini boleh ditamatkan oleh Syarikat melalui notis secara bertulis kepada anda, di mana penamatan ini boleh berkuatkuasa serta-merta atau pada satu tarikh yang ditentukan dalam notis penamatan itu.

15.        Pelbagai

15.1      Penyerahan Hak - Perjanjian ini atau mana-mana hak, lesen, kepentingan dan manfaat di bawah ini tidak boleh diserah, dinovasi, dipindah atau diurus dalam apa-apa cara oleh anda (sama ada melalui penyerahan, sub-pelesenan atau sebaliknya) tanpa kebenaran bertulis dari Syarikat. Syarikat boleh menyerah, memindah atau mengurus Perjanjian ini atau apa-apa hak, lesen, kepentingan dan manfaat di bawah ini melalui notis bertulis kepada anda

      1. Notis – Melainkan sebaliknya telah diperuntukkan secara khusus di bawah Perjanjian ini atau sebaliknya telah dinyatakan oleh Syarikat kepada anda dari semasa ke semasa, mana-mana dan semua notis, arahan atau komunikasi lain yang diberikan di sini oleh anda kepada Syarikat hendaklah secara bertulis, dan dihantar melalui mel elektronik, pos berdaftar atau faksimili dan hanya akan berkuatkuasa apabila diterima oleh anda pemberitahuan Syarikat akan penerimaan notis tersebut.

 

Melainkan sebaliknya telah diperuntukkan secara khusus di bawah Perjanjian atau sebaliknya telah dimaklumkan oleh Syarikat kepada anda dari semasa ke semasa, anda bersetuju dan menerima cara Syarikat memberi notis kepada anda, atas budi bicara Syarikat, salah satu kaedah berikut:

(a)        melalui pos biasa atau berdaftar kepada alamat terkini menurut rekod Syarikat atau;

(b)        melalui faksmili kepada nombor faksimili terkini menurut rekod Syarikat atau;

(c)        melalui mel elektronik kepada alamat mel elektronik terkini menurut rekod Syarikat atau;

(d)        melalui mana-mana cara pemberitahuan atas budi bicara Syarikat dari semasa ke semasa.

Anda dianggap menerima notis daripada Syarikat:

(aa)       sekiranya notis dihantar melalui pos biasa atau berdaftar, tiga (3) hari selepas tarikh dipos, atau

(bb)       sekiranya notis dihantar melalui mesin faksimili, sebaik selesai proses penghantaran seperti yang dibuktikan oleh slip pengesahan faks; atau

(cc)       sekiranya notis dihantar melalui mel elektronik, pada tarikh dan masa ianya dihantar.

15.3      Penepian – Kegagalan atau kelewatan daripada mana-mana pihak dalam menggunakan sesuatu hak atau remedi di bawah Perjanjian ini pada bila-bila masa atau untuk mana-mana tempoh masa mahupun apa-apa pengetahuan atau persetujuan oleh mana-mana pihak mengenai, atau dalam perlanggaran sesuatu peruntukan Perjanjian ini tidak akan dikira atau dianggap sebagai penepian daripadanya dan mana-mana penepian oleh pihak itu mengenai apa-apa  perlanggaran tidak membentuk suatu penepian berterusan dalam hal perlanggaran berikutnya atau berterusan itu. Sesuatu peruntukan atau hak atau remedi di bawah Perjanjian ini tidak boleh diketepikan kecuali secara bertulis dengan ditandatangani oleh pihak atau pihak-pihak terlibat untuk menjadikannya terikat.

15.4      Cukai – Anda bersetuju untuk membayar dan memulangkan semula kepada Syarikat serta-merta di atas permintaan sekiranya Syarikat dikehendaki membayar apa-apa cukai, duti, yuran atau caj-caj lain atau levi kerajaan yang mungkin dikenakan kepada atau dalam hubungannya dengan Komputer, Perisian Pihak Ketiga, Perisian, Perkhidmatan, Perkhidmatan Pihak Ketiga atau mana-mana perkhidmatan atau barangan yang disediakan atau dibekalkan oleh Syarikat kepada anda di bawah Perjanjian ini.

15.5      Undang-undang yang Berkuatkuasa - Perjanjian ini dan semua hak dan kewajipan semua pihak terbabit akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Semua pertikaian yang terbit daripada Perjanjian ini akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia tetapi Syarikat bebas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anda di Mahkamah negara lain yang bidang kuasanya boleh dibuktikan (termasuk bidang kuasa di tempat anda bermastautin atau di mana perniagaan anda ditempatkan).

15.6    Perjanjian Keseluruhan - Perjanjian ini mengandungi seluruh perjanjian antara semua pihak dan menggantikan apa-apa perjanjian bertulis atau lisan antara mereka dalam hubungan dengan isinya dan semua pihak mengesahkan bahawa mereka tidak menyertai Perjanjian ini pada asas apa-apa pernyataan yang tidak secara nyata digabungkan ke dalam Perjanjian ini.

15.7      Kebolehasingan
            15.7.1  Sekiranya mana-mana peruntukan daripada Perjanjian ini (atau bahagian daripadanya) didapati menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah undang-undang kini atau masa hadapan atau peraturan yang berkuatkuasa dan digunakan semasa penerusan Perjanjian ini, peruntukan tersebut (atau bahagian daripadanya) adalah sepenuhnya terasing dan Perjanjian ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah itu (atau bahagian daripadanya) tidak pernah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini dan peruntukan-peruntukan yang tinggal daripada Perjanjian ini akan terus berkuasa penuh dan berkuatkuasa dan tidak akan terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah itu (atau bahagian daripadanya) atau melalui pemutusannya dari Perjanjian ini.

            15.7.2   Sekiranya berlaku apa-apa ketidaktekalan (tidak konsisten) atau konflik antara Terma dan Syarat dalam Bahasa Inggeris dan versi Terma dan Syarat yang terjemahkan dalam bahasa-bahasa lain, Terma dan Syarat dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi ketidaktekalan dan konflik demikian.

15.8      Kemandirian – Peruntukan-peruntukan dalam Klausa 5, 9, 10, 11, 12.1, 12.2, 12.3 dan 13.3 akan mandiri daripada penamatan atau peluputan Perjanjian ini untuk apa-apa sebab.

15.9      Hak-hak Syarikat – Apa-apa penyataan nyata mengenai sesuatu hak Syarikat di bawah Perjanjian ini adalah tanpa prasangka kepada apa-apa hak lain Syarikat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini atau yang terbit daripada undang-undang.

15.10    Ikatan Pengganti - Tertakluk kepada mana-mana peruntukan yang menyatakan sebaliknya, Perjanjian ini akan memberi kesan untuk manfaat dan terikat kepada semua pihak dan pengganti mereka, pemegang amanah, penerima serah hak dibenarkan atau penerima tetapi tidak akan memberi kesan untuk manfaat mana-mana orang lain.

15.11    Pindaan - Syarikat berhak pada sepanjang masa untuk meminda atau mengubah Perjanjian ini dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa Laman Web dari semasa ke semasa untuk apa-apa pindaan atau perubahan. Dalam apa jua keadaan, akses dan penggunaan berterusan anda Perisian, Bahan-bahan Iringan, Perkhidmatan dan/atau Laman Web ini akan membawa maksud penerimaan anda kepada pindaan atau perubahan Perjanjian ini.
 
Saksikan rakaman video menarik seperti latihan, seminar, dan demo produk.
Klik untuk maklumat tambahan…
Mendengar sesi ceramah yang anda tidak dapat hadiri kerana kesibukan temujanji dengan prospek. Klik untuk maklumat tambahan…
 
Pelbagai maklumat terkini dan berguna untuk menambah pengetahuan perniagaan diri dan meyakinkan prospek anda. Klik untuk maklumat tambahan…  
 

| Terma dan Syarat |

© Semua hak terpelihara 2009 oleh Uptrend Network Sdn Bhd.
Dikuasa oleh Maxlink Technology Sdn. Bhd.